Allah SWT telah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya orang-orang Mukmin adalah bersaudara, maka damaikan dua sadaramu (yang bertelagah) dan takutlah kamu akan Allah nescaya kamu dirahmati ". (al-Hujurat:10)
Sebagai seorang Muslim, saya rasa bertanggungjawab mengajak semua sahabat untuk bermuhasabah diri sejauh mana kita telah mewara-warakan ayat ini secara bersungguh-sungguh? Bagaimana tutur kata dan tingkah laku kita selama ini? Adakah semuanya menjurus ke arah pertautan hati atau sebaliknya.
Mengapa titik-titik perbezaan antara umat ini yang diketengah dan digember-gemburkan? Apakah perbezaan kita lebih banyak daripadaa persamaan? Sekalipun berbeza dalam beberapa hal dan pandangan, apakah boleh dijadikan alasan untuk bermusuh atau berpatah arang dan berkerat rotan. Fikir-fikirkanlah.
Wednesday, April 14, 2010
Saturday, April 10, 2010
Salam Persahabatan
Saya berasa amat bertuah dapat berkongsi idea dan pengalaman dengan sahabat-sahabat sekalian, semoga perkongsian ini dapat menjalin dan mengukuhkan tali persaudaraan sesama Muslim Mukmin.
Saya rasa terpanggil untuk membuat coretan di sini berkaitan hubungan antara Muslim seperti yang dikehendaki oleh al-Din al-Islamiy. Sedih dan pilu terasa begitu menghiris jiwa ini apabila melihat individu-individu muslim bercakaran dan bermusuhan sesama sendiri dengan 1001 alasan.
Ramai mencari alasan untuk bermusuh dan bermasam muka berbanding yang inginkan penyatuan dan perpaduan. Sepatutnya kita menjadi contoh dan teladan kepada orang lain aqpatah lagi kepada rakan-rakan kita yang belum Islam.
Apakah kita rela menjadi hijab (penghalang) orang ramai daripada mendekati Agama Fitrah yang suci ini? Tepuk dada tanyalah Iman. Allah menjelaskan di dalam al-Quran bahawa orang-orang Mukmin semuanya bersaudara.
Persoalannya sejauh mana kita telah berusaha memperkukuhkan maksud persaudaraan tersebut atau kita langsung terlupa tentang hal itu? Saya berharap para sahabat akan bersama-sama saya melaksanakan tanggungjawab ini. Untuk permulaannya kita mulakan dalam blog ini.

Subscribe to:
Posts (Atom)